Touch ‘n Go Akan Hadir Dengan Aplikasi Pembayaran Mudah-Alih Pada Suku Pertama 2017

Touch ‘n Go Akan Hadir Dengan Aplikasi Pembayaran Mudah-Alih Pada Suku Pertama 2017

Diterbitkan pada Sep 8, 2016 oleh .

Touch ‘n Go merupakan nama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna tempatan. Ia membolehkan pengguna membuat pembayaran tol, pengangkutan awam – dan kini turut diperluaskan untuk digunakan di restoran, kedai serbaneka, dan sebagainya.

Bergerak kehadapan, kini Touch ‘n Go mengatakan mereka akan hadir dengan aplikasi digital mudah-alih mereka tersendiri pada awal 2017 kelak. Melalui aplikasi ini, ia akan membolehkan transaksi tanpa tunai dilakukan antara pengguna, pemilik kedai dan sebagainya.

Touch N Go Watch

Dengan penawaran aplikasi ini juga, ia akan membolehkan Touch ‘n Go turut menyertai arena pembayaran mudah-alih yang telah disertai oleh Maybank, dan akan turut mula ditawarkan oleh Samsung tidak lama lagi. Sebelum ini juga, pihak Touch ‘n Go telah hadir dengan jam tangan yang mengintegrasikan sokongan mereka bagi memudahkan proses pembayaran.

Menurut pihak Touch ‘n Go, mereka masih dalam pembangunan aplikasi digital mereka buat masa ini, dan sedang menantikan pengesahan daripada pihak berkuasa.


TIPS & ULASAN