Microsoft Dijangka Memperkenalkan Surface AIO Dan Surface Baru Pada Penghujung Oktober

Microsoft Dijangka Memperkenalkan Surface AIO Dan Surface Baru Pada Penghujung Oktober

Diterbitkan pada Sep 8, 2016 oleh .

Desas-desus berkenaan dengan komputer semua-dalam-satu daripada Microsoft telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas. Ia dikatakan diuji dalam beberapa variasi saiz, dan membawakan rekaan ikonik Microsoft melalui keluarga Surface.

Terkini, ia dikatakan Microsoft mungkin memperkenalkan komputer Surface AIO mereka ini seawal penghujung bulan hadapan. Menurut laporan sebelum ini, Microsoft dikatakan sedang menguji ia dalam variasi saiz 21-inci, 24-inci, dan juga 27-inci. Ia tidak diketahui sama ada ketiga-tiga akan dilancarkan ataupun sebaliknya.

Disamping pengenalan Surface AIO, Microsoft juga dikatakan mungkin memperkenalkan Surface Pro generasi baru dengan kemaskini spesifikasi. Pengenalan Surface Book 2 mungkin perlu dinantikan sehingga awal tahun 2017 kelak.

Microsoft masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan perkara ini. Ia dijangka Microsoft menjadualkan acara ini pada minggu ketiga Oktober – dan mereka turut dijangka memperlihatkan beberapa produk daripada rakan kerjasama yang lain.


TIPS & ULASAN