Twitter Menambah Paparan Notifikasi Mesej Telah Dibaca Pada Direct Message

Twitter Menambah Paparan Notifikasi Mesej Telah Dibaca Pada Direct Message

Diterbitkan pada Sep 9, 2016 oleh .

Direct Message merupakan perkhidmatan permesejan peribadi yang disediakan oleh Twitter pada perkhidmatan mereka. Hari ini, mereka turut menambah beberapa fungsi baru, sekaligus menjadikan ia beroperasi seumpama sebuah perkhidmatan permesejan penuh seperti yang lain.

Melalui fungsi baru yang diperkenalkan hari ini, kini Twitter memaparkan notifikasi apabila sesuatu mesej telah dibaca – lebih kurang sama seperti pada Facebook Messenger atau WhatsApp.

Twitter DM

Disamping itu, Twitter turut menambah sokongan memperlihatkan apabila rakan anda sedang menaip mesej balas di Direct Message, dan turut memaparkan pautan dengan pra-lihat seperti pada Tweet di garis masa.

Pengenalan fungsi baru ini semestinya mungkin tidak disukai oleh sejumlah pengguna – terutamanya fungsi memaparkan notifikasi apabila mesej telah dibaca.

Buat masa ini, kami masih belum melihat fungsi ini pada profil kami, dan tidak ketahui lagi sama ada akan ada pilihan untuk mematikannya ataupun sebaliknya. Seperti biasa, pengenalan fungsi baru ini adalah berperingkat dan akan mengambil sedikit masa sebelum diperkenalkan kepada semua.


TIPS & ULASAN