Cari @ Amanz

Peranti cangkerang boleh lipat semakin sukar ditemui berbanding sepuluh tahun yang lalu. Ini adalah kerana peranti pintar dengan skrin sesentuh mendominasi pasaran semasa. Kepada yang mahukan peranti rekaan klasik ini, mereka perlu ke China, Jepun dan Korea. Samsung Galaxy Folder 2 baru sahaja dilancarkan di China.

galaxy-folder-2-1Peranti Android Marshmallow boleh lipat ini dilengkapi skrin 3.8″ TFT (480 x 800 pixel), pemproses empat teras Snapdragon 425, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16-Gigabyte.Kamera utama ialah sebesar 8-Megapixel f/1.9 manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel f/1.9. Resolusi rakaman video maksimum ialah 1080P. Bateri sebesar 1950 mAH menjadi sumber kuasa. Buat masa ini hanya dijual untuk pasaran China. Harga masih belum diketahui tetapi dipercayai sekitar $285 (~RM 1161).

galaxy-folder-2-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd