Chrome Akan Mula Melabelkan Sesuatu Web HTTP Tidak Selamat Jika Menghantar Data Sensitif

Chrome Akan Mula Melabelkan Sesuatu Web HTTP Tidak Selamat Jika Menghantar Data Sensitif

Diterbitkan pada Sep 9, 2016 oleh .

Google telah menekankan beberapa kali mengenai kepentingan menggunakan HTTPS pada web, dan kini, sebagai langkah awal untuk memastikan ramai pembangun mengimplementasikannya, Google akan mula melabelkan laman yang tidak menggunakan HTTPS sebagai tidak selamat bermula daripada awal tahun 2017 kelak.

Google akan memulakannya melalui Chrome 56 kelak, dimana sekiranya sesuatu laman menghantar dan menerima data sensitif – termasuk seperti kata laluan dan kad kredit, dan sekiranya ia tidak menggunakan HTTPS, maka Chrome akan melabelkan laman berkenaan sebagai tidak selamat.

Chrome 56 HTTPS

Ini boleh dikatakan sebagai salah satu langkah yang baik, dan Google adalah antara entiti yang boleh melaksanakannya dengan jaya berbanding dengan beberapa perkhidmatan lain – memandangkan mereka mempunyai penawaran pelayar web dan juga enjin carian.

Langkah ini juga boleh memastikan seseorang pengguna terlindung, dan tidak mudah memberikan informasi mereka pada laman-laman yang tidak melaburkan wang mereka untuk keselamatan pengguna.


TIPS & ULASAN