Fon telinga tanpa wayar AirPods ialah inovasi terkini yang diperkenalkan Apple. Fon telinga ini ditambat kepada peranti dan diselitkan ke dalam telinga. Antara kerisauan pengguna yang ingin memiliki fon telinga bernilai hampir RM700 sepasang ini ialah sekiranya ia hilang. Apple mengesahkan bahawa pengguna boleh membeli AirPods yang hilang secara berasingan.
Mereka hanya perlu menggunakan saluran biasa untuk membelinya. Harga AirPods gantian tidak pula disebutkan tetapi pastinya masih mahal. Masalah kehilangan fon telinga tanpa wayar ini bukannya perkara baru bagi mereka yang pernah menggunakannya. Keputusan Apple untuk menjual alat ganti secara berasingan ini amat dihargai kerana majoriti pengeluar langsung tidak menawarkan fon telinga gantian.