Carian
Alcatel Idol 4 Pro Tertiris – Peranti Utama Windows 10 Mobile
September 9, 2016 Effi Saharudin

Microsoft mungkin tiada perancangan untuk melancarkan peranti utama Windows 10 Mobile tahun ini. Oleh itu kekosongan yang ditinggalkan mereka akan diisikan oleh pengeluar lain. Alcatel Idol 4 Pro ialah peranti utama Windows 10 Mobile yang sedang dibangunkan. Gambar peranti ini tertiris dan ia mempunyai rekaan yang sama dengan Idol 4S yang menggunakan Android awal tahun ini.

alcatel-idol-4-pro

Spesifikasi peranti ialah skrin 5.5″ 1080P, pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Kamera utama sebesar 21-Megapixel dengan sensor Sony IMX230 dan kamera hadapan dengan sensor OmniVision OV8858. Ini adalah peningkatan dari spesifikasi Idol 4S yang hanya dilengkapi Snapdragon 652. AKhir sekali bateri 3000 mAh disertakan sebagai sumber kuasa. Peranti ini pada asalnya dijangka hadir Februari lalu tetapi ditangguhkan tanpa sebarang sebab.

Komen