Cari @ Amanz

Asus Zenfone 3 Max diperlihatkan secara rasmi di Malaysia Ogos lalu. Kepada yang ingin memilikinya, peranti ini kini sudah boleh dibeli melalui laman rasmi Asus pada harga RM799. Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Titanium Grey dan Sand Gold.

zenfone-3-max-2

Zenfone 3 Max dilengkapi skrin 5.2″ HD, pemproses empat teras MediaTek, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.2 dan kamera selfie pula sebesar 5-Megapixel f/2.2. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang yang mampu menyahkunci peranti dalam masa 0.3 saat. Melengkapi spesifikasi ialah bateri gergasi 4100 mAh, sesuai dengan nama Max yang diberikan kepadanya. Ia memberikannya kelebihan untuk berubah menjadi power bank kepada peranti lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd