Cari @ Amanz

Ketika pengenalan permainan Pokemon Go, pembangunnya turut memperlihatkan aksesori khusus sebagai pelengkap untuk permainan berkenaan, dinamakan sebagai Pokemon Go Plus. Ia pada awalnya dijadualkan untuk pengenalan pada bulan Julai lepas, namun ditangguhkan dan kini diumumkan akan mula dijual bermula minggu hadapan di beberapa buah negara.

Pokemon Go Plus

Pokemon Go Plus merupakan gelang yang dipakai pada pergelangan tangan, dan ia akan bergetar disamping memaparkan lampu apabila pengguna berdekatan dengan sesuatu Pokestop – serta memudahkan anda mendapatkan barangan dari Pokestop tanpa perlu membuka telefon pintar anda.

Disamping Pokemon Go Plus, pihak Niantic Labs turut telah mengumumkan aplikasi khusus untuk Apple Watch yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Bagi anda yang masih aktif memainkan permainan Pokemon Go, adakah anda akan mendapatkan aksesori ini sekiranya ia mula dijual di pasaran tempatan kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd