BlackBerry Hub+ Kini Ditawarkan Untuk Peranti Android 5.0 Dan Ke Atas

BlackBerry Hub+ Kini Ditawarkan Untuk Peranti Android 5.0 Dan Ke Atas

Diterbitkan pada Sep 9, 2016 oleh .

Tidak lama sebelum ini, pihak BlackBerry telah membuka penawaran BlackBerry Hub+ mereka bukan sekadar untuk telefon pintar keluaran mereka sahaja, tetapi untuk semua peranti yang menggunakan Android 6.0 Marshmallow dan ke atas. Hari ini, mereka turut mengemaskini penawaran mereka, dan menyediakan aplikasi BlackBerry Hub+ ini untuk semua peranti Android 5.0 dan ke atas.

BlackBerry Hub

Dengan pengenalan ini, ia membolehkan lebih ramai menggunakan dan mencuba penawaran yang disediakan oleh BlackBerry berkenaan.

BlackBerry Hub+ ini memerlukan peranti dengan 2GB RAM dan keatas. Melaluinya, pengguna boleh menguruskan pelbagai komunikasi pada satu aplikasi – termasuk SMS, emel dan juga laman sosial.

Disamping itu, BlackBerry juga turut menawarkan BlackBerry Calendar dan BlackBerry Password Keeper untuk pengguna Android.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma selama 30 hari, dan kemudiannya pengguna boleh memilih untuk menggunakannya dengan sokongan iklan ataupun membayar $0.99 sebulan.

Muat-Turun BlackBerry Hub+ untuk Android


TIPS & ULASAN