Cari @ Amanz

Samsung Electronics boleh dikatakan melalui penstruktran semula perniagaan dengan keluar daripada beberapa perniagaan yang bukan utama bagi mereka sebelum ini. Terkini, mengikut laporan baru, Samsung dikatakan mungkin menjual perniagaan pencetak mereka kepada HP Inc – sekaligus keluar daripada perniagaan berkenaan.

Samsung Printer - Wave

Samsung merupakan antara pengeluar pencetak popular, tetapi boleh dikatakan tidak begitu memfokuskannya berbanding pesaing lain seperti HP, Canon dan juga Epson.

Menurut laporan baru yang hadir hari ini, Samsung dikatakan mungkin menjual perniagaan pencetak mereka kepada HP Inc pada nilai sekitar $1.8 bilion. Sekiranya benar, Samsung dikatakan mungkin mengumumkan keputusan mereka seawal minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd