Samsung Akan Menandakan Galaxy Note 7 Baru – Akan Menyediakan Laman Semakan IMEI

Samsung Akan Menandakan Galaxy Note 7 Baru – Akan Menyediakan Laman Semakan IMEI

Diterbitkan pada Sep 10, 2016 oleh .

Dengan pihak Samsung yang mula membuat penarikkan kembali unit lama dan menggantikan Galaxy Note 7 dengan versi baru, semestinya ramai pengguna ingin kepastian apakah unit baru yang dibeli mereka adalah selamat ataupun sebaliknya.

Samsung Note 7sDalam memudahkan proses berkenaan, Samsung melalui Samsung Australia mengatakan mereka akan menandakan unit baru dengan anda “S” – sekaligus memberikan petanda kepada pengguna yang mana unit yang diterima mereka adalah versi baru dan selamat. Tanda ini akan dipaparkan berhampiran dengan pelekat IMEI untuk telefon berkenaan.

Disamping itu, Samsung juga turut akan menyediakan sebuah laman khusus untuk pengguna membuat semakan IMEI sama ada unit mereka adalah unit baru atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN