Carian
Google Photos Untuk iOS Kini Mengintegrasikan Fungsi Suntingan Live Photos
September 10, 2016 Effi Saharudin

Live Photos ialah fungsi unik kamera yang diperkenalkan pada iPhone 6S dan 6S Plus. Video pendek dirakam sebelum dan selepas butang kamera dipetik. Fungsi seakan HTC Zoe ini malangnya hanya boleh dilihat pada peranti iOS. Sekiranya ingin berkongsi Live Photos dengan pengguna platform lain mereka perlu menggunakan aplikasi Motion Stills yang dibangunkan Google.

Motion-Stills-Live-Photos-GoogleGoogle Photos versi 2.0 untuk iOS kini mengintegrasikan fungsi suntingan Live Photos di dalam aplikasi. Fungsi yang dahulunya wujud pada Motion Stills kini boleh dilakukan tanpa perlu memuat turun aplikasi kedua. Gambar Live Photos boleh dikongsikan dalam bentuk video ataupun GIF beranimasi dengan mudah. Terdapat juga fungsi muat naik terus ke YouTube. Ia boleh dimuat turun sekarang.

Komen