Belkin Melancarkan Penyesuai iPhone 7 Membolehkannya Fon Telinga Dan Pengecasan Dilakukan Serentak

Belkin Melancarkan Penyesuai iPhone 7 Membolehkannya Fon Telinga Dan Pengecasan Dilakukan Serentak

Diterbitkan pada Sep 10, 2016 oleh .

iPhone 7 dan 7 Plus sudah dilancarkan beberapa hari tetapi masih menjadi bualan ramai. Topik terhangat masih lagi berkisar mengenai ketiadaan bicu audio 3.5mm. Apple sudah mula menjual dok pengecas yang membolehkan fon telinga Lightning ataupun yang menggunakan bicu audio untuk digunakan. Namun dok ini tidak mudah alih kerana saiznya yang agak besar.

belin-rockstar-penyesuai-2

Kepada yang memerlukan aksesori lebih mudah alih, Belkin telahpun menghasilkannya. Penyesuai Lightning Audio + Charge RockStar  yang berharga $ 40 (~RM 164) ini mempunyai satu sambungan Lighthing jantan dan dua sambungan betina. Berita buruk ialah masih tiada sambungan bicu audio 3.5 mm disertakan. Ini bermakna penyesuai ini perlu digunakan dengan penyesuai Lightning ke bicu audio yang disertakan dengan setiap pembelian


TIPS & ULASAN