Cari @ Amanz

Twitter telah memperkenalkan sokongan notifikasi mesej telah dibaca pada Direct Message, membolehkan rakan-rakan anda yang lain mengetahui sama ada mesej yang dihantar mereka telah dibaca oleh anda ataupun sebaliknya.

Fungsi ini boleh dikatakan disukai oleh sejumlah pengguna – tetapi pada masa yang sama juga sebaliknya. Bagi anda yang tidak menyukai fungsi ini, anda boleh mematikannya dengan membuka laman tetapan di aplikasi Twitter untuk Android atau iOS – ataupun membuka laman tetapan di Twitter.com.

Twitter DM

Twitter Untuk Android Atau iOS

Buka aplikasi Twitter, dan pada bahagian menu pilih Settings. Seterusnya ke laman Privacy & Content, dan buang penanda pada bahagian Send/Receive Read Receipts.


Twitter untuk Web

Buka Twitter.com, tekan pada butang menu pada bahagian penjuru atas kanan, pilih Settings. Seterusnya pilih Security and Privacy, dan pada bahagian bawah laman berkenaan, buang penanda pada bahagian Send/Receive Read Receipts.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd