Apple Mempatenkan Sistem Pengecasan Tanpa Wayar

Apple Mempatenkan Sistem Pengecasan Tanpa Wayar

Diterbitkan pada Sep 10, 2016 oleh .

Apple iPhone 7 memperkenalkan banyak fungsi baru berbanding iPhone 6S. Namun begitu sistem pengecasan pantas dan tanpa wayar ialah dua fungsi yang masih belum disertakan. Mengapa ia tidak disokong sedangkan teknologi ini telahpun matang dan digunakan pada peranti pesaing sejak bertahun lamanya tidak pula diketahui. Kepada peminat iPhone yang mahukan sistem pengecasan tanpa wayar, ia mungkin disokong di masa hadapan.

pengecas-paten-apple-tanpa-wayar-1

Ini adalah kerana Apple telahpun mempatenkan rekaan sebuah alat pengecasan tanpa wayar. Paten ini telah difailkan pada suku ke-tiga 2015. Pengecas tanpa wayar ini mempunyai tubuh yang diperbuat daripada logam dan permukaan mengecas berbentuk bulat. Format pengecasan yang digunakan masih tidak diketahui. Kebarangkalian ia menggunakan format Qi yang digunakan majoriti pengecas di pasaran sekarang adalah rendah kerana mereka lebih gemar menggunakan teknologi yang dibangunkan sendiri.


TIPS & ULASAN