WhatsApp Beta Menambah Sokongan Melakar Dan Menambah Sticker Pada Gambar

WhatsApp Beta Menambah Sokongan Melakar Dan Menambah Sticker Pada Gambar

Diterbitkan pada Sep 10, 2016 oleh .

Pihak pembangun WhatsApp boleh dikatakan agak aktif menguji sejumlah fungsi baru pada aplikasi beta mereka di Android dan iOS. Terkini, pada aplikasi WhatsApp Beta untuk Android, mereka dilihat sedang menguji salah satu fungsi yang membolehkan pengguna menyunting gambar terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan rakan lain.

WhatsApp Beta Sticker

Melalui sokongan suntingan yang hadir terbina ini, ia membolehkan pengguna menambah emoji dalam bentuk sticker di atas gambar yang ingin dikongsikan, selain turut menambah teks dan juga membuat lakaran diatas gambar.

Fungsi ini boleh dikatakan seumpama pada Snapchat, tetapi diimplementasikan oleh WhatsApp untuk perkhidmatan permesejan mereka.

Buat masa ini, fungsi ini masih pada peringkat ujian beta lagi, dan mungkin kita akan melihatnya hadir ke WhatsApp versi stabil tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN