Spesifikasi PC Untuk BioShock: The Collection Diumumkan

Spesifikasi PC Untuk BioShock: The Collection Diumumkan

Diterbitkan pada Sep 11, 2016 oleh .

Permainan Trilogi BioShock edisi remastered akan hadir pada platform PC 15 September ini. Kepada yang mahukan permainan klasik dengan jalan cerita yang menarik sempena Hari Malaysia, BioShock The Collection ialah permainan yang harus disenarai pendekkan. Spesifikasi minimum dan yang disarankan untuk PC akhirnya diketahui. Anda tidak memerlukan komputer yang terlalu berkuasa untuk menikmati permainan ini.

Bioshock Collection 1

Spesifikasi BioShock The Collection
Pemproses Paling Minimum Intel E6750 Core 2 Duo 2.66 GHz

AMD Athlon X2 2.7 GHZ

Pemproses Disarankan 3 GHz Empat Teras
Kad Grafik Paling Minimum AMD Radeon HD 7770

Nvidia GeForce GTX 560

Kad Grafik Disarankan Radeon HD 7970, 2GB

Nvidia GeForce GTX 770

RAM Paling Minimum 4 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 70 Gigabyte (25 GB BS1, 25 GB BS2, 20 GB BS Infinite)
Sistem Operasi Minimum Windows 7 SP1 64 Bit

 


TIPS & ULASAN