Gambar Dan Video Gambaran Google Pixel (Nexus Sailfish) Tertiris

Gambar Dan Video Gambaran Google Pixel (Nexus Sailfish) Tertiris

Diterbitkan pada Sep 11, 2016 oleh .

Sebelum ini kita telah melihat beberapa info awal mengenai telefon pintar Nexus tahun ini keluaran HTC hadir ke arena web. Ia diperkatakan akan dikenali dengan nama Pixel, dan dijangka diumumkan oleh Google seawal 4 Oktober 2016 kelak.

Terkini, beberapa gambar dan video render untuk peranti berkenaan hadir, memperlihatkan bagaimanakah rekabentuk peranti ini kelak.

Nexus Sailfish

Dipanggil sebagai Pixel, ia dijangka hadir dengan skrin sekitar 5.2-inci dengan paparan HD penuh, selain mungkin dijana menggunakan cip Snapdragon 820 dan 4GB RAM. Melengkapkan peranti ini adalah kamera belakang 12-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Daripada apa yang diperlihatkan, Pixel ini dilihat akan menawarkan pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti.

Jadi, berdasarkan kepada gambar yang tertiris ini, apa kata anda berkenaan pengganti Nexus untuk tahun 2016 ini?


TIPS & ULASAN