Cari @ Amanz

Jom Belajar Koding merupakan salah satu inisiatif yang membolehkan para pengguna belajar bahasa pengaturcaraan asas seperti HTML, PHP dan CSS. Ia diadakan mengikut negeri berbeza setiap tahun, dan untuk bulan September 2016 ini, ia bakal diadakan di Melaka pada 24 dan 25 September 2016 ini.

Jom Belajar Koding

Program Jom Belajar Koding ini disediakan secara percuma, dan selama dua hari pelajar akan mempelajari asas berkaitan dengan HTML, CSS dan juga PHP. Ia dibuka kepada semua, dan terbuka walaupun anda tidak mempunyai sebarang asas pengaturcaraan.

Bagi anda yang menetap di Melaka, anda kini boleh mendaftarkan diri untuk menyertai program Jom Belajar Koding ini yang bakal diadakan pada 24 dan 25 September 2016 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd