Cari @ Amanz

Samsung Malaysia melalui laman Facebook mereka kini meminta para pemilik peranti Galaxy Note 7 untuk mematikan kuasa peranti mereka, dan bersedia untuk memulangkan ia kepada Samsung untuk digantikan dengan unit baru.

Langkah penarikkan kembali Galaxy Note 7 ini dilakukan selepas terdapat beberapa kes peranti terbakar yang dilaporkan pada peringkat global. Pada 1 September lepas, Samsung mengatakan terdapat sekitar 35 kes berkaitan dengannya, namun tidak menyatakan sebab untuknya. Mengikut tinjauan ramai, ia dikatakan berkait dengan masalah bateri.

Melalui laman Facebook Samsung Mobile Malaysia juga, ia dilihat mereka menjanjikan beberapa pengguna dengan unit gantian sementara tetapi memerlukan pengguna membuat panggilan kepada pihak Samsung terlebih dahulu.

Sekiranya anda merupakan antara pemilik Galaxy Note 7 terawal di Malaysia, mungkin boleh hubungi pihak Samsung Malaysia di 1800-88-7799 untuk info lanjut, ataupun menggunakan peranti gantian sementara menunggu set anda digantikan pada 29 September 2016 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd