Apple Dilaporkan “Memulakan Semula” Projek Kenderaan Panduan Automatik

Apple Dilaporkan “Memulakan Semula” Projek Kenderaan Panduan Automatik

Diterbitkan pada Sep 12, 2016 oleh .

Apple boleh dikatakan sering merahsiakan pelbagai projek yang sedang dibangunkan oleh mereka, dan salah satu yang masih kekal rahsia adalah projek kereta pintar atau kenderaan yang dipandu automatik oleh mereka.

Terkini, menurut salah satu laporan baru, ia dikatakan Apple sedang melihat kembali kepada projek berkenaan, dan diperkatakan telah menghentikan sejumlah pembangun dan pekerja daripada bahagian berkenaan.

Ia dikatakan berbanding ingin hadir dengan kereta sendiri sepenuhnya, kini Apple lebih kepada ingin membangunkan teknologi disebalik kenderaan pintar itu sendiri.

Apple sebelum ini telah memulakan projek yang dinamakan Project Titan ini sekitar dua tahun lepas, dan telah mendapatkan tenaga pakar daripada pelbagai syarikat untuk membangunkan projek berkenaan – yang mana masih kekal misteri sehingga hari ini.

Selain Apple, sejumlah syarikat lain turut sedang membangunkan projek kenderaan elektrik yang dipandu automatik mereka tersendiri, termasuk antaranya adalah Google dan juga Uber.


TIPS & ULASAN