Carian
Instagram Kini Membolehkan Pengguna Menapis Komen Dengan Mudah
September 12, 2016 Aman

Instagram telah diperkatakan bakal hadir dengan sokongan menapis komen, dan hari ini, mereka telah mula memperkenalkan sokongan tersebut kepada semua pengguna Instagram di Android dan juga iOS. Fungsi ini sebelum ini telah diperkenalkan untuk pengguna profil perusahaan sebelum ini, dan kini diperluaskan kepada semua pengguna.

Instagram Comments

Melalui fungsi ini, ia membolehkan para pengguna untuk menyembunyikan dan menapis sejumlah komen yang mengandungi beberapa frasa dan perkataan yang ditetapkan. Pengguna boleh menambah perkataan yang dikehendaki melalui laman tetapan di aplikasi Instagram.

Bagi anda yang menggunakan Instagram, anda boleh mengakses fungsi ini dengan ke halaman tetapan, dan memilih ruangan yang dinamakan Comments.

Komen