Cari @ Amanz

Tidak seperti pengeluar lain, Apple tidak mengumumkan spesifikasi penuh peranti terkini mereka kepada media. Oleh itu pelbagai spekulasi dilakukan selepas setiap pelancaran. Antara spesifikasi yang dirahsiakan ialah kapasiti bateri. Saiz sebenar bateri kedua-dua peranti ini akhirnya diketahui selepas ia muncul pada laman pensijilan TENAA di China.

iphone-7-bateri

iPhone 7 mempunyai bateri 1960 mAh manakala iPhone 7 Plus pula mempunyai bateri 2900 mAh. Ini adalah lebih besar berbanding 1760 mAh untuk 6S dan 2750 mAh untuk 6S Plus tahun lalu. Jika anda melihat infografik perbandingan yang kami keluarkan minggu lalu, agakkan saiz bateri kami agak tepat dengan hanya kesilapan meletakkan 2910 mAh untuk 7 Plus.

Kapasiti bateri-bateri ini adalah kecil berbanding yang digunakan pada peranti Android dengan saiz skrin setanding. Tetapi menurut Apple cip A10 Fusion yang dilengkapi dua teras berkuasa tinggi dan dua teras berkuasa rendah. Teras berkuasa rendah yang tidak memerlukan kuasa yang banyak akan diaktifkan bagi memanjangkan hayat penggunaan peranti. Nampaknya Apple juga sudah mempunyai sistem cip seakan big.LITTLE yang digunakan Android yang menjimatkan penggunaan bateri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd