Cari @ Amanz

Penggunaan skrin pada bahagian belakang trak bukan perkara baru. Samsung membangunkan sistem Safety Truck  seperti ini untuk memudahkan kenderaan memotong lori yang panjang dengan selamat. Tetapi sistem yang digunakan mereka ini masih lagi terlalu mahal. Idea yang sama kini digunakan oleh RoadAds untuk mempamerkan iklan yang berubah mengikut lokasi.

Lapan buah skrin e-ink sebesar 32″ diletakkan pada pintu belakang trak. Iklan berubah-rubah mengikut GPS dan bersambung kepada pangkalan iklan setempat menggunakan teknologi 4G. Berbanding skrin LED, skrin e-ink lebih mudah dilihat apabila matahari memancar dengan terang dan tidak mengakibatkan silau kepada pemandu pada waktu malam.

Selain iklan maklumat trafik dan keputusan acara sukan terkini turut dapat dipaparkan kepada bagi memaklumkan pengguna jalan raya yang lain. RoadAds bercadang meletakkan 1000 skrin seperti ini di belakang trak menjelang Jun tahun hadapan.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd