Carian
Samsung Menyangkal Berita Note 7 Dengan Masalah Bateri Akan Dinyahaktif Selepas 30 September
September 13, 2016 Effi Saharudin

Semalam kedengaran ura-ura yang mengatakan Samsung akan menyahakif kesemua Note 7 dengan bateri bermasalah selepas 30 September. Ini dikatakan bakal dilakukan dengan menyenaraihitamkan IMEI peranti-peranti tersebut. Samsung mempunyai senarai lengkap IMEI peranti yang menggunakan bateri Samsung SDI yang berisiko meletup.

Selepas berita ini tersebar, Samsung terus mengeluarkan kenyataan menyangkal ura-ura ini. Sungguhpun begitu mereka menegaskan pengguna Note 7 untuk berhenti menggunakan phablet ini dengan serta merta untuk keselamatan diri mereka sendiri. Di Malaysia masih tiada laporan bateri meletup diterima. Program pertukaran satu dengan satu akan dilakukan di Malaysia pada 29 September hadapan.

Komen