Cari @ Amanz

Google Cardboard ialah peranti maya yang paling mampu milik di pasaran. Ia membolehkan anda melihat video 360 darjah melalui Youtube dan membenarkan anda mengembara di alam maya dengan mudah. Aplikasi Cardboard Camera dilancarkan Disember lalu untuk pengguna Android. Ia membolehkan pengguna mengambil gambar 360 darjah 3D menggunakan kamera peranti mereka. Aplikasi ini akhirnya boleh dimuat turun pengguna peranti iOS.

Dengan menggunakan Cardboard Camera, gambar panorama 2D akan diubah menjadi gambar 3D yang berputar mengikut pergerakan kepala pemakai. Untuk menggunakan aplikasi peranti anda sekurang-kurangnya perlu menggunakan iOS 8.0 dan ke atas. Ia boleh digunakan peranti iPhone, iPad dan iPod Touch. Pautan muat turun aplikasi adalah seperti di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd