iMessage App Store Kini Aktif Dalam Membolehkan Anda Menambah Sticker Dan Aplikasi Ke Mesej

iMessage App Store Kini Aktif Dalam Membolehkan Anda Menambah Sticker Dan Aplikasi Ke Mesej

Diterbitkan pada Sep 13, 2016 oleh .

Apple ketika pengenalan iOS 10 tempoh hari turut telah memperkenalkan sebuah fungsi baru pada iMessage, iaitu sebuah kedai aplikasi khusus yang membolehkan para pengguna memuat-turun kandungan tambahan seperti sticker, aplikasi dan juga permainan untuk digunakan bersama di iMessage.

iMessage Apps

Melalui integrasi ini, ia menjadikan interaksi anda lebih interaktif. Sebagai contoh, pengguna boleh memilih untuk memuat-turun sticker kegemaran daripada watak-watak yang diminati dan menggunakannya dalam menghantar mesej kepada rakan. Disamping itu, pengguna turut boleh memuat-turun aplikasi khusus yang diintegrasikan terus pada iMessage, dan menggunakan ia terus pada iMessage tanpa perlu meninggalkannya – termasuk mencari gambar GIF, membuat pembayaran dan sebagainya.

Fungsi baru ini hadir kepada pengguna iPhone bersama-sama iOS 10 yang akan ditawarkan kepada semua bermula daripada esok.


TIPS & ULASAN