Google Now Launcher Kini Dikenali Sebagai Pixel Launcher

Google Now Launcher Kini Dikenali Sebagai Pixel Launcher

Diterbitkan pada Sep 13, 2016 oleh .

Kami cukup gemar menggunakan Google Now Launcher ketika mengulas peranti. Ini adalah kerana menggunakan pelbagai peranti dengan ataramuka berbeza sepanjang tahun agak memenatkan. Umum diketahui tidak semua pelancar yang digunakan pelanggan direka dengan baik. Dengan pelancar Google Now kami boleh menyeragamkan penggunaan peranti berbeza.

google-pixel-1

Pelancar ini kini nampaknya dijenamakan semula sebagai Pixel Launcher bagi pengguna prebiu pembangun Nexus. Penggunaan nama baru ini seakan mengesahkan dua peranti HTC dengan stock Android kelak akan menggunakan jenama baru Pixel dan bukan lagi Nexus. Antara fungsi baru yang diperlihatkan pada Pixel Launcher ialah tiada lagi butang talam aplikasi. Senarai aplikasi diakses dengan menatal skrin dari bawah ke atas. Ia turut menyokong paparan skrin home di dalam orientasi mendatar. Gambar latar belakang turut boleh dimuat turun terus dari Google.


TIPS & ULASAN