Cari @ Amanz

Facebook Messenger merupakan perkhidmatan permesejan daripada Facebook yang kini beroperasi sebagai sebuah platform berasingan. Selain daripada permesejan teks, ia juga turut menyokong fungsi panggilan suara dan juga video.

Facebook sebelum ini telah mengatakan pengguna Facebook Messenger telah melangkaui 1 bilion pengguna. Kini, berkongsi lanjut, pihak Facebook turut mengatakan kini melalui perkhidmatan berkenaan, lebih 300 juta pengguna yang menggunakan fungsi panggilan suara dan juga video setiap bulan.

Angka ini boleh dikatakan agak besar, malah memberikan cabaran untuk pelbagai perkhidmatan lain yang memfokuskan kepada kedua-dua fungsi berkenaan. Sebagai contoh, keseluruhan pengguna Skype adalah sekitar angka tersebut.

Facebook sendiri telah sedia mengenal-pasti perkara ini lebih awal dan menawarkan beberapa ciri-ciri khusus untuknya. Paling terbaru, mereka telah memperkenalkan fungsi Instant Video yang memudahkan pengguna berkongsi skrin bersama-sama rakan mereka tanpa suara.

Bagi anda, adakah anda aktif menggunakan fungsi panggilan suara dan video di Facebook?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd