The Last Guardian Ditangguhkan Untuk Pelancaran Pada Bulan Disember

The Last Guardian Ditangguhkan Untuk Pelancaran Pada Bulan Disember

Diterbitkan pada Sep 13, 2016 oleh .

Penangguhan pelancaran untuk sesuatu permainan telah menjadi perkara lazim akhir-akhir ini. Terkini, pembangun permainan The Last Guardian mengumumkan mereka terpaksa menangguhkan permainan berkenaan, dan kini dijadualkan untuk pelancaran pada bulan Disember 2016 kelak.

Pada awalnya, permainan ini dijadualkan pada 25 Oktober, tetapi kini tarikh baru yang diberikan adalah 6 Disember.

The Last Guardian telah dipertontonkan buat pertama kalinya pada tahun 2009 yang lepas sebagai permainan PlayStation 3, tetapi ia hanya dijadualkan untuk pelancaran pada 2016 ini untuk PlayStation 4.


TIPS & ULASAN