Carian
Samsung Galaxy Tab A (2016) Dengan S-Pen Diperkenalkan Di Korea Selatan
September 13, 2016 Aman

Samsung hari ini telah pun memperkenalkan satu lagi tablet terbaru dibawah keluarga Galaxy Tab, tetapi kali ini hadir dengan sokongan stylus-nya tersendiri. Dinamakan sebagai Galaxy Tab A (2016), ia telah pun dilancarkan di Korea Selatan buat masa ini.

Galaxy Tab A (2016) hadir dengan sokongan S-Pen, sekaligus membolehkan pengguna membuat catatan nota dan lakaran melalui aplikasi Samsung Notes. Ia sangat sesuai bagi anda yang inginkan alternatif skrin bersaiz besar berbanding dengan Galaxy Note 7.

Samsung Galaxy Tab A 2016

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 10.1-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan Exynos 7870, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Pengguna boleh memperluaskan ruangan storan melalui penggunaan kad mikro-SD sehingga 256GB.

Melengkapkan tablet ini juga adalah sokongan rangkaian 4G LTE, kamera belakang 8-megapixel, dan bateri berkapasiti 7300mAh yang menawarkan masa penggunaan sehingga 14 jam lamanya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Samsung akan menawarkannya pada peringkat global ataupun sebaliknya.

Komen