Sony Mula Menawarkan Kemaskini PS4 System Update 4.0 Untuk PlayStation 4

Sony Mula Menawarkan Kemaskini PS4 System Update 4.0 Untuk PlayStation 4

Diterbitkan pada Sep 13, 2016 oleh .

Sony telah menguji versi beta untuk PS4 System Update 4.0 sebelum ini, dan hari ini kemaskini berkenaan mula ditawarkan kepada semua pengguna konsol PlayStation 4 seluruh dunia. Seperti dikongsikan pada minggu lepas, salah satu fungsi baru yang ditawarkan adalah output dalam bentuk HDR, sekaligus menjadikan permainan anda lebih menarik lagi.

Disamping itu, kemaskini ini turut menambah sokongan membuat folder, sedikit pembaharuan pada antaramuka, dan turut menawarkan kebolehan penstriman pada resolusi 1080p melalui PS4 Pro – yang mana masih belum dijual lagi.

Sony juga turut menyertakan fungsi pemindahan data bagi memudahkan pengguna mengalihkan data sedia ada dari PS4 ke PS4 Pro melalui sokongan LAN.

PS4 System Update 4.0

Bagi anda yang menggunakan PlayStation 4, anda boleh menyemak kemaskini sistem operasi anda, dan memulakan proses naik-taraf hari ini.


TIPS & ULASAN