Sony hari ini telah memulakan acara tahunan Tokyo Game Show mereka dengan membuat beberapa pengumuman, dan salah satunya adalah konsol PlayStation 4 dengan rekaan nipis yang hadir bertemakan kepada permainan Final Fantasy XV.
Permainan Final Fantasy XV ini telah ditangguhkan untuk pengenalan pada 29 November 2016 ini, dan konsol baru edisi khas ini akan dijual pada tarikh sama.
Buat masa ini, Sony hanya mengumumkannya untuk pasaran Jepun sahaja, dimana ia turut hadir dengan permainan Final Fantasy XV berkenaan, filem Kingsglaive, dan juga tema sistem PS4 khusus.
Bagi anda, apakah pendapat anda dengan rekaan konsol edisi khas ini? Adakah anda akan mendapatkannya sekiranya ia ditawarkan untuk pasaran tempatan?