Apple Sekali Lagi Dikatakan Akan Membuang Butang Home Pada iPhone 2017

Apple Sekali Lagi Dikatakan Akan Membuang Butang Home Pada iPhone 2017

Diterbitkan pada Sep 14, 2016 oleh .

Apple baru sahaja melancarkan iPhone 7, dan ia masih belum memasuki pasaran tempatan – malah tarikh pelancaran juga masih tidak diketahui lagi. Namun, perkara ini tidak menghentikan daripada desas-desus baru berkaitan iPhone tahun depan kedengaran lebih awal.

Apple iPhone

Menurut laporan daripada New York Times yang diterbitkan, ia dikatakan Apple tidak lagi akan menyertakan butang Home pada iPhone tahun hadapan. Untuk makluman, perkara ini turut telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini – dan melalui apa yang dilihat, ia mungkin benar-benar pihak Apple membuang butang Home daripada telefon pintar mereka.

Apple dijangka akan menggunakan butang maya sebagai ganti untuknya kelak. Pada iPhone 7 yang baru diperkenalkan minggu lepas, mereka telah menggantikan butang Home sedia ada daripada berbentuk boleh tekan kepada hanya berbentuk statik seumpama pada trackpad Macbook.

Apple iPhone

Sekiranya benar perubahan butang Home ini, maka kita mungkin akan turut melihat kaedah implementasi pengimbas cap jari yang baru – sama ada atas skrin, ataupun seperti pada peranti Android dimana di butang kuasa atau pada bahagian belakang.

Pada tahun 2017 kelak, Apple akan menyambut ulang-tahun ke-10 sejak iPhone diperkenalkan, dan semestinya ramai yang menantikan pembaharuan dibawakan oleh Apple dalam terus membawa industri setapak kehadapan lagi.


TIPS & ULASAN