Aksesori Yang Mengelakkan AirPods Dari Mudah Hilang Dihasilkan

Aksesori Yang Mengelakkan AirPods Dari Mudah Hilang Dihasilkan

Diterbitkan pada Sep 14, 2016 oleh .

Apple AirPods ialah fon telinga tanpa wayar yang menyelesaikan masalah ketiadaan bicu audio pada iPhone 7. Ia dilancarkan serentak dengan peranti terkini Apple dan menjadi bahan jenaka internet untuk seketika kerana dikatakan pasti akan mudah hilang kerana saiznya yang kecil. Pihak Apple segera mengeluarkan kenyataan mereka akan menjual AirPods gantian secara berasingan sekiranya ini berlaku. Di dalam Bahasa Melayu ada pepatah “mencegah lebih baik dari mengubati”.

spigen-airpods-strap-1

 

Oleh itu aksesori yang dapat mengelakkan AirPods dari mudah hilang apabila tertanggal telah dihasilkan oleh Spigen.AirPods Straps ialah tali yang boleh disambungkan kepada tangkai fon telinga ini. Oleh itu sekiranya ia tertanggal ia lebih mudah dicari kerana masih bersambung kepada tali. Aksesori ini dijual pada harga $19.99 seutas pada laman Spigen. Kepada yang tidak sanggup melihat AirPods yang harganya mencecah RM600 hilang, ini aksesori yang harus disenarai pendekkan oleh mereka.


TIPS & ULASAN