Pokemon GO Akan Hadir Pada Peranti Android Wear

Diterbitkan pada Sep 14, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu lalu Pokemon GO untuk Apple Watch diperlihatkan pada acara pelancaran iPhone 7. Pada waktu tersebut ramai menyangka permainan edisi mini ini eksklusif kepada Apple. John Hanke , CEO Niantic Labs hari ini mengesahkan permainan popular ini akan turut dihasilkan untuk peranti Android Wear. Keputusan ini tidak mengejutkan kerana menghasilkan permainan eksklusif tidak menguntungkan pembangun.

Jumlah pemain Pokemon GO mungkin semakin berkurangan. Tetapi menurut Hanke lagi apa yang dilihat sekarang hanyalah sebahagian kecil daripada visi asal Niantic untuk menghasilkan permainan Pokemon sebenar. Pelbagai kemas kini dan fungsi baru akan diperlihatkan seperti kemampuan pemain bertarung satu lawan satu menggunakan Pokemon kegemaran mereka. Ketika artikel ditulis, Pokemon GO telahpun menjana keuntungan melebihi 500 Juta kepada Niantic. Ia permainan mudah alih terpantas yang mencecah angka ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami