YouTube Community Dilancarkan – Perkhidmatan Sosial Terbina Di Dalam YouTube

YouTube Community Dilancarkan – Perkhidmatan Sosial Terbina Di Dalam YouTube

Diterbitkan pada Sep 14, 2016 oleh .

YouTube hari ini memperkenalkan sebuah fungsi baru pada perkhidmatan mereka, dinamakan sebagai YouTube Community. Melaluinya, ia membolehkan para penerbit video dan pemilik saluran untuk berinteraksi dengan pengguna mereka secara lebih efektif dan bukan hanya melalui video semata-mata.

YouTube Community

Menggunakan fungsi YouTube Community ini, pemilik saluran boleh berkongsi dengan pengguna pelbagai kemaskini – termasuk dalam bentuk teks, GIF, gambar dan sebagainya. Pengikut saluran berkenaan juga boleh berinteraksi dengan meninggalkan komen pada setiap perkongsian.

Pengenalan ini sekaligus membuatkan pemilik saluran lebih dekat dengan pengguna dan pada masa yang sama membolehkan pemilik berkongsi pelbagai kemaskini semasa bersama-sama pengikut saluran mereka.

Buat masa ini, fungsi YouTube Community ini masih pada peringkat beta, dan tidak diperkenalkan secara meluas lagi. Hanya beberapa saluran terpilih yang memaparkannya, dan mungkin kita akan melihat ia diperluaskan dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN