Cari @ Amanz

Siri Assassin’s Creed benar-benar meletup selepas watak Ezio diperkenalkan. Beliau hadir di dalam tiga permainan iaitu Assasin’s Creed 2, Brotherhood dan Revelations. Pengenalan watak baru di dalam Rogue, Unity dan Syndicate tidak mendapat reaksi yang sama dari peminat. Bagi mereka yang terlepas memainkan tiga permainan dengan Ezio, Assasin’s Creed The Ezio Collection untuk PlayStation 4 dan Xbox One baru sahaja diumumkan.

Ketiga-tiga permainan ini akan diberikan penaiktarafan grafik 1080P 30FPS. Kesemua DLC akan disertakan sekali dengan pembelian. Walaubagaimanapun fungsi multiplayer tidak akan disertakan. Ia akan mula dijual 17 November hadapan. Kepada pemilik Xbox 360 dan PlayStation 3, Ezio Trilogy telah lama dijual tetapi pada tetapan grafik lebih rendah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd