Cari @ Amanz

Biar lambat asalkan dapat. Ini mantra yang terpaksa dipegang oleh pengguna Android. Kemas kini kepada versi terkini perisian bergantung kepada kehendak pengeluar. Android Nougat sudah boleh dimuat turun tetapi bagi pengguna Sony Xperia C4 dan C4 Dual, mereka baru boleh menerima Android Marshmallow.

Pengguna di beberapa pasaran dunia akan mula menerima Marshmallow hari ini. Seperti biasa kemas kini akan dilakukan secara berperingkat. Jika kemas kini peranti Sony yang lain boleh dijadikan kayu pengukur, pengguna di Malaysia akan menerima kemas kini C4 dalam masa dua minggu selepas ia diumumkan. Adakah pembaca Amanz yang menggunakan C4 Dual? Sekiranya adakah kemas kini sudah diterima oleh anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd