Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengenalan konsol edisi khas bersempena dengan permainan Final Fantasy XV semalam di Jepun, hari ini pihak PlayStation turut mengumumkan penawaran konsol sama untuk pasaran tempatan pada 29 November 2016 kelak.

PS4 Final Fantasy

Dinamakan sebagai PlayStation 4 FINAL FANTASY XV LUNA EDITION, ia hadir dengan rekaan konsol nipis yang baru, dan menyertakan ruangan storan 1TB. Khusus untuk konsol ini, pihak PlayStation turut menyertakan perisian permainan FINAL FANTASY XV khusus dalam memberikan pengalaman yang baik ketika pengguna memulakan konsol berkenaan.

Disertakan dalam pakej ini adalah konsol PS4 1TB, satu alat kawalan permainan DualShock 4, permainan Final Fantasy XV Blu-ray, tema khusus untuk PlayStation 4, serta Monaural Head Set.

PS4 Final Fantasy

Bagi anda yang meminati permainan Final Fantasy, mungkin boleh nantikan pengenalan konsol edisi khusus ini yang akan berharga RM1699 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd