Penawaran Xiaomi Redmi 3S Untuk Pasaran Malaysia Akan Diumumkan Esok, 15 September

Penawaran Xiaomi Redmi 3S Untuk Pasaran Malaysia Akan Diumumkan Esok, 15 September

Diterbitkan pada Sep 14, 2016 oleh .

Bagi anda yang mengikuti perkembangan Xiaomi, semestinya anda mengetahui akan dua peranti baru yang dijadualkan memasuki pasaran Malaysia, iaitu Xiaomi Mi Max dan juga Redmi 3S. Kini, selepas pengenalan Mi Max tempoh hari, Xiaomi telah pun hari ini berkongsi mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai Redmi 3S secara rasminya pada tengah hari esok.

Xiaomi Redmi 3S merupakan telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan daripada Xiaomi. Ia hadir menyertakan bateri berkapasiti 4100mAh, dilengkapi pengimbas cap jari di belakang, kamera belakang 13-megapixel dan menggunakan rekaan berasaskan logam.

Xiaomi Malaysia berkongsi di Facebook hari ini mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai peranti ini secara rasminya esok. Mungkin kita akan mendengar harga jualannya dan tarikh ia mula dijual melalui perkongsian mereka esok kelak.


TIPS & ULASAN