Carian
Kini Anda Boleh Gunakan Suara Tony Fernandes Untuk Navigasi Di Waze
September 14, 2016 Aman

Tony Fernandes merupakan salah seorang usahawan tempatan yang popular dengan jenama AirAsia. Terkini, bermula daripada hari ini, ia dilihat pihak Waze turut telah menambah penawaran suara beliau sebagai salah satu pilihan untuk navigasi di Waze.

Pihak Waze boleh dikatakan sering bekerjasama dengan beberapa jenama dalam mempromosikan suara seseorang selebriti. Untuk suara Tony Fernandes ini, daripada penyenaraian di Waze, ia dilihat dibawakan oleh AirAsia untuk pengguna.

Sebelum ini, beberapa artis tempatan turut telah menyumbangkan suara untuk Waze, termasuk salah satunya baru-baru ini adalah Yuna.

Komen