Cari @ Amanz

Apple pada acara WWDC 2016 bulan Jun yang lepas telah mengumumkan mereka akan menawarkan aplikasi yang dinamakan sebagai Swift Playgrounds. Melaluinya, Apple ingin memudahkan para kanak-kanak untuk belajar bahasa pengaturcaraan Swift yang sering digunakan dalam pembangunan aplikasi Mac dan iOS.

Swift Playground

Kini, aplikasi berkenaan telah sedia untuk dimuat-turun, membolehkan para pengguna untuk memuat-turunnya dan menggunakan ia pada iPad. Aplikasi ini mengajar pelbagai teras berkaitan pengaturcaraan, serta mengajar mengenai penggunaan pelbagai arahan, fungsi dan sebagainya.

Walaupun ditujukan kepada kanak-kanak, seperti biasa, pengguna umum turut boleh memuat-turun dan menggunakannya dalam mempelajari bahasa pengaturcaraan Swift. Apple sendiri menekankan yang mana pengguna tanpa latar belakang pengaturcaraan turut boleh menggunakannya dalam pembelajaran.

Swift Playground

Bagi anda yang menggunakan iPad Air, iPad Pro dan iPad Mini 2 serta terkini, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd