Samsung Menggunakan Kemaskini Perisian Untuk Hadkan Pengecasan Bateri Note 7 Sehingga 60%

Samsung Menggunakan Kemaskini Perisian Untuk Hadkan Pengecasan Bateri Note 7 Sehingga 60%

Diterbitkan pada Sep 14, 2016 oleh .

Beberapa minggu kebelakangan ini boleh dikatakan sebagai minggu yang malang untuk Samsung disebabkan oleh masalah bateri pada Galaxy Note 7 yang menjadikan ia mudah terbakar atau meletup. Samsung sejak daripada itu telah mengumumkan penarikkan kembali peranti berkenaan – tetapi untuk pasaran Malaysia hanya akan dimulakan pada penghujung September ini.

Terkini, di Korea Selatan, Samsung cuba kaedah alternatif selain penarikkan semula peranti berkenaan – dimana mereka akan menggunakan kemaskini perisian yang mengehadkan pengecasan Galaxy Note 7 hanya kepada 60% sahaja.

Kemaskini ini akan ditawarkan di Korea Selatan bermula minggu hadapan melalui kemaskini OTA. Samsung turut dikatakan sedang berbincang dengan syarikat telekomunikasi dari 9 buah negara lain untuk melakukan perkara sama.

Samsung sebelum ini telah turut mengumumkan supaya pengguna tidak menggunakan peranti berkenaan, dan menghubungi pusat khidmat mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan proses tukar-ganti. Beberapa pengguna tempatan juga turut ditawarkan dengan peranti ganti sementara sekiranya mereka telah membeli Galaxy Note 7 ketika fasa pra-tempah sebelum ini.


TIPS & ULASAN