Cari @ Amanz

Sejak memulakan pengambaran Street View di Malaysia, pihak Google telah menambah sejumlah kawasan menarik pada perkhidmatan peta mereka, sekaligus memudahkan pengguna seluruh dunia melawat sesuatu kawasan secara maya. Terkini, bersempena dengan Hari Malaysia, pihak Google turut menambah Gunung Tahan didalam koleksi Google Street View.

Gunung Tahan merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2,187 meter, dan merupakan antara gunung yang sukar didaki di rantau ini. Perkara ini menjadikan penggunaan nama “Tahan” sendiri diertikan terhadap ketahanan mental dan fizikal para pendaki.

Gunung Tahan

Gunung Tahan

Gunung Tahan

Untuk merakamkan gambar Google Street View di Gunung Tahan ini, Google menggunakan Street View Trekker, dan turut bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Rakaman keseluruhan mengambil masa sekitar 9 hari dan Street View merakamkan perjalanan daripada Kuala Tahan ke Merapoh.

Bagi anda yang meminati pendakian gunung, kini anda boleh menyemak terlebih dahulu trek Gunung Tahan di Google Street View, dan mungkin suatu hari sama-sama mendaki dan melihat puncak tertinggi Semenanjung berkenaan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd