Cari @ Amanz

Penggunaan Marshmallow Kini Meningkat Ke 18.7%, Nougat Di Bawah 0.1%

Link Copied!

Selamat datang ke bulan September dan masa untuk melihat peratusan penggunaan versi Android tiba lagi. Marshmallow terus mencatatkan peningkatan dan kini mencecah 18.7% peranti Android di pasaran  berbanding 15.2% bulan lalu. Ia masih jauh di belakang Lollipop dengan 35% dan Kit Kat dengan 27.7%.

peratusan-android-sept-2016

Jumlah pengguna peranti Nougat masih lagi terlalu kecil sehingga tidak tersenarai langsung. Peratusan ini akan meningkat selepas LG V20 dan beberapa lagi peranti baru mula memasuki pasaran dalam beberapa bulan mendatang. Apakah versi Android yang digunakan pada peranti anda? Kami hanya mempunya satu peranti Nougat dan selebihnya menggunakan Marshmallow.


Komen ()