Cari @ Amanz

Facebook Live merupakan salah satu fungsi yang ditawarkan oleh pihak Facebook dalam membolehkan pengguna berkongsi video secara langsung daripada peranti mudah-alih. Fungsi yang terhad kepada pengguna peranti mudah-alih ini kini turut diperkatakan bakal diperluaskan ke pengguna komputer desktop dan juga komputer riba.

Buat masa ini, fungsi ini sedang diuji dikalangan sejumlah pengguna, dan dikatakan akan diperluaskan kepada semua pada masa akan datang.

Fungsi penstriman langsung daripada desktop atau komputer riba ini merupakan antara fungsi yang dinantikan ramai – terutamanya adalah vlogger, wartawan dan beberapa pengguna yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd