Cari @ Amanz

iPhone 7 tidak lagi dilengkapi bicu audio kerana keberanian Apple untuk melakukan anjakan paradigma. Reaksi pengguna secara majoritinya adalah negatif. Oleh sebab itu tidak mengejutkan mereka kini mengumpul maklum balas dari pengguna MacBook sebelum melakukan langkah yang sama pada komputer riba yang dikeluarkan mereka.

macbook-bicu-audio

Sebilangan pengguna MacBook menerima borang maklum balas tentang kekerapan bicu audio digunakan oleh mereka. Selain itu mereka turut disoal tentang penggunaan slot membaca kad SD, USB-A dan HDMI. Kerangka yang dikatakan milik MacBook terkini tertiris dengan hanya dilengkapi bicu audio dan empat port USB-C. Maklumat yang dikumpul melalui maklum balas ini akan menentukan nasib bicu audio pada MacBook di masa hadapan.

Sungguhpun begitu tidak mengejutkan sekiranya seperti iPhone 7, MacBook turut akan menghentikan sokongan bicu audio. Apple gemar menyeragamkan penggunaan aksesori mereka pada kesemua produk yang dihasilkan. Kepada pemilik MacBook, adakah anda merasakan ini tindakan yang wajar?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd