Cari @ Amanz

Seperti yang kami laporkan beberapa jam yang lalu, versi Android yang paling tinggi penggunaannya masih lagi Lollipop dengan 35%. Penggunaan Android Nougat yang sudah boleh dimuat turun sejak 22 Ogos yang lalu masih di bawah 0.1%. Kemas kini iOS 10 sudah boleh dimuat turun sejak semalam. Berbeza dengan Nougat, kadar penggunaannya meningkat jauh lebih pantas.

ios-10-peratusan

Menurut laporan Mixpanel, kadar penggunaan iOS 10 kini mencecah 15.33% hanya dalam masa 24 jam. Jumlah penggunaan sistem operasi baru ini lebih pantas berbanding iOS 9 yang mencecah 12% dalam masa 24 jam. Sebelum kemas kini iOS 10 boleh dimuat turun, kadar penggunaan iOS 9 mencecah 84%. Walaupun mendatangkan masalah kepada sebilangan kecil pengguna, iOS 10 dijangka akan mencecah peratusan pengguna yang sama kerana pengguna boleh mengemaskini secara terus dari Apple tidak seperti pada Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd